KENALI UBAT ANDA

Aktiviti Penggunaan Ubat Berkualiti bertujuan memastikan pengguna mengambil ubat-ubatan secara rasional.Aktiviti ini menekankan amalan 5B iaitu:

1. Pengguna Ubat yang Betul
2. Ubat yang Betul
3. Dos yang Betul
4. Cara Pengambilan Ubat yang Betul
5. Masa Pengambilan Ubat yang Betul

Pelbagai aktiviti Penggunaan Ubat Berkualiti dijalankan seperti pameran, ceramah, dialog dan sebagainya dalam memastikan mesej yang tepat disampaikan kepada pengguna/orang awam. Berikut merupakan beberapa video yang disediakan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia, bertujuan memberi pendidikan kepada pengguna berkenaan penggunaan ubat yang betul.

1. Cara Memastikan Ketulenan Hologram Meditag


2. Cara Penyimpanan Ubat Yang Betul


3. Childproff Container


4. Pengendalian Ubat-ubatan yang tidak Di perlukan



Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia



No comments:

Post a Comment